Disclaimer :
Laman web ini adalah hak milik peribadi Tok Mat.   Ini bukannya laman web rasmi bagi Syarikat BuluhMas Enterprise Sdn. Bhd.  Laman web ini adalah sebagai kemudahan bagi kumpulan saya mempromosikan peluang perniagaan ini.
Laman web rasmi BuluhMas Enterprise Sdn. Bhd adalah DI SINI
Hubungi Saya  :

TOK MAT
( Wakil Tuaran / Kota Kinabalu )

Telefon : 012 - 9159988
E-Mail : tokmat9988@gmail.com
YM : katalogbisnes
Perhatian Kepada Semua Promoter BuluhMas!!!

Berikut adalah dapatan daripada diskusi saya bersama Pengarah Urusan BuluhMas (MD), Encik Azmi Bin Ame Hamzah melalui talian telefon pada 22hb Oktober 2008, Rabu, jam 10.16pm - 10.22pm.

Beliau bersama ayahnya telah menghadirkan diri ke pejabat BNM pada 21hb Oktober 2008 atas kehendak BNM demi meneruskan siasatan kali ke-3 terhadap operasi BM.  Pertemuan memakan masa tidak sampai 30 minit yang dilakukan oleh Pegawai Badan Siasatan BNM. 

Dalam pertemuan tersebut, soalan yang diajukan adalah hampir sama dengan soalan-soalan sebelum ini, namun MD tidak menghuraikan & menjelaskan isi soalan tersebut demi memastikan perjalanan proses siasatan BNM terhadap BM tidak terjejas.

Setelah pihak Badan Siasatan BNM selesai menjalankan siasatan, kes ini akan diserahkan kepada Badan Penilai BNM pula untuk dinilai akan operasi BM ini mengikut lunas undang-undang mahu pun sebaliknya.

Bagi pihak MD sendiri, beliau mengharapkan agar proses siasatan ini berakhir dengan segera.  Beliau juga berharap pada awal November 2008, BM boleh beroperasi semula seperti biasa.  Namun, itu semua bergantung kepada pihak Badan Penilai BNM menjalankan proses penilaian hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh Badan Siasatan BNM.

Dalam diskusi tersebut juga, ada saya ajukan berkaitan BM akan dikoperasikan atas nasihat BNM.  Pihak MD menjelaskan bahawa tiada info berkaitan perkara ini.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan sekali lagi agar para Promoter BM sentiasa berwaspada dengan sebarang spekulasi & khabar angin berkaitan kedudukan BM ketika ini.  Sentiasalah rujuk kepada pihak Wakil terdekat serta info rasmi daripada laman web rasmi BM sendiri.

Sekian dan harap maklum.

23hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Dimaklumkan bahawa pada 21hb Oktober 2008, Selasa, Tuan Ketua Pengarah Eksekutif BuluhMas, Encik Ame Hamzah dan Tuan Pengarah Urusan BuluhMas, Encik Azmi akan ke pejabat Bank Negara Malaysia bagi urusan penyiasatan daripada pihak Bahagian Siasatan BNM.
Marilah  kita sama-sama berdoa mudahan urusan mereka berdua dipermudahkan semasa pertemuan tersebut dan BuluhMas boleh beroperasi sepenuhnya dengan secepat mungkin. Amin...

Sekian dan harap maklum.

20hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Laporan Ringkas serta Gambar Sekitar Sesi Penerangan Isu BuluhMas Disiasat Bank Negara Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah pada 17hb Oktober 2008.

KLIK SINI.
18hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Berikut adalah dapatan daripada diskusi saya bersama Pengarah Urusan BuluhMas, Encik Azmi Bin Ame Hamzah melalui talian telefon pada 16hb Oktober 2008, Khamis, jam 8.25pm - 8.45pm.

  1. Isu siasatan Bank Negara Malaysia pada 15 & 16 Oktober 2008.
  • MD sendiri telah dipanggil ke BNM pada 15 & 16 Oktober. Beliau telah memberikan sepenuh kerjasama akan siasatan yang pihak BNM perlukan.
  • Segala yang dikehendaki oleh pihak BNM telah diserahkan.  Maka itu, kita biarkan BNM buat kerja-kerja mereka.
  1. Isu upah promoter.
  • Sepanjang penyiasatan yang dilakukan oleh BNM, tarikh & tempoh matang akan berjalan seperti biasa.
  • Tunggakan upah akan dilaksanakan setelah BM beroperasi semula kelak.
  1. Isu BuluhMas Mart Putatan.
  • Pihak BM menantikan surat perjanjian yang disediakan oleh pihak Peguam Penjual.
  • Pihak BM juga telah membayar 10% daripada harga jualan & sepatutnya surat perjanjian diterima 2 minggu selepas deposit dibayar, tetapi telah masuk minggu ke 4, pihak Peguam Penjual belum menyerahkannya.
  • Perkara ini akan saya rujuk kepada Wakil BM yang menguruskannya.
  1. Isu Penyata & Cek Promoter Sabah & Sarawak.
  • Bagi mereka yang baru menerima Penyata & Cek upah daripada BM, sila simpan dahulu cek tersebut kerana ketika ini sebarang transaksi keluar masuk duit daripada akaun BM adalah tidak dibenarkan.
  • Cek tersebut juga tempoh sah lakunya selama 6 bulan.
Begitulah serba sedikit info yang telah MD sampaikan kepada saya tadi.
Sekian dan terima kasih.

16hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Penafian Syarikat BuluhMas

Penafian Pertama :

Berita Harian Online : BNM arah BuluhMas henti operasi 3 bulan

Penafian Kedua :

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda : BuluhMas nafi jalankan kegiatan deposit tanpa lesen

15hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Berikut adalah dapatan daripada diskusi saya bersama Pengarah Urusan BuluhMas, Encik Azmi Bin Ame Hamzah melalui talian telefon pada 14hb Oktober 2008, Selasa, jam 6.33pm - 6.52pm.

1. Pendaftaran Promoter Baru Ditangguhkan Seketika Atas Nasihat Daripada Pihak Bank Negara Malaysia.

2. Pembayaran Upah Kepada Semua Promoter Juga Ditangguhkan Seketika Atas Nasihat Daripada Pihak Bank Negara Malaysia.

3. Aktiviti Syarikat Berjalan Seperti Biasa Seperti Sesi Taklimat, Perasmian Mart serta Sesi Urusniaga Di Kedai BuluhMas Mart.

4. Bagi Sesi Taklimat Pula, Wakil / Speaker Dilarang Mengambil Sebarang Pendaftaran Baru.

5. Ibu Pejabat BuluhMas Juga Dibuka Seperti Biasa Bagi Memberi Ruang Kepada Promoter Menghubungi Syarikat Untuk Bertanyakan Isu Serbuan & Siasatan Bank Negara Malaysia.

6. Sehingga Saat Ini Terdapat 10 Orang Peguam Yang Telah Menawarkan Diri Untuk Menjadi Peguam Bela BuluhMas.

7. Berkaitan Saman Pula... Pihak BuluhMas Belum Memutuskannya Lagi.  Syarikat Lebih Mengutamakan Penyelesaian Segera Terhadap Siasatan Daripada Bank Negara Malaysia.

8. Diminta semua promoter sentiasa melayari laman web rasmi BuluhMas  untuk maklumat yang terkini. Promoter juga disarankan sentiasa berhubung dengan wakil.

Berikut Adalah Pesanan Daripada Beliau Kepada Para Promoter BuluhMas Seluruh Negara.

"Beliau meminta agar semua promoter bersabar menghadapi situasi yang melanda BuluhMas ketika ini.  Sesungguhnya Bank Negara Malaysia hanya menjalankan tugas yang diberikan atas aduan orang ramai.  Maka kita perlulah memberikan kerjasama sebaiknya agar proses siasatan berjalan dengan lancar & selesai dengan secepat mungkin.  Jangan sesekali kita cuba menyebarkan sebarang khabar angin tentang apa yang terjadi ketika ini.  Insya Allah segalanya akan kembali tenang..."

Diharapkan dengan penjelasan ini, segala teka-teki rakan-rakan selama ini telah terjawab.
Sekian dan harap maklum.

14hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Ingin dimaklumkan, pada 13hb Oktober 2008 BuluhMas telah didatangi oleh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan sekarang BuluhMas dalam siasatan (paling lewat selama 90 hari). Oleh yang demikian, pendaftaran promoter baru dan pembayaran upah terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga selesai siasatan oleh pihak BNM. Lain-lain urusan akan berjalan seperti biasa. Diminta semua promoter sentiasa melayari laman web rasmi BuluhMas sahaja untuk maklumat yang terkini. Promoter juga disarankan sentiasa berhubung dengan wakil.

14hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Perjumpaan wakil-wakil BuluhMas pada 14hb Oktober jam 11.00 pagi bertempat di HQ BuluhMas.

14hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________

Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Empat Buah Syarikat yang Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Secara Haram dan Pengubahan Wang Haram

14hb Oktober 2008
__________________________________________________________________________________


Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Haram

14hb Oktober 2008



Di Halaman Ini, Saya Akan Masukan Segala Perkara Berkaitan Isu BuluhMas Disiasat Dengan Bank Negara Malaysia ( BNM ) & Bukannya Bertujuan Untuk Mengganggu Siasatan Yang Sedang Dilakukan Oleh Pihak BNM.
16hb Oktober 2008